Tarikh : 19 dan 20 Mac 2012
Masa : 1.10 -5.30 petang
Tempat : Bilik Ibn Sina
Unit Kesihatan Sekolah dengan kerjasama Klinik Kesihatan Shah Alam telah menjalankan Program Suntikan HPV (Human Papiloma Virus) khusus untuk pelajar perempuan tingkatan satu sahaja yang telah mendapat kebenaran ibubapa masing-masing. Suntikan pelalian ini diberikan kepada setiap pelajar perempuan tingkatan satu sebagai satu langkah pencegahan kanser servik. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali (3 suntikan) dalam tempoh 6 bulan. Suntikan susulan (dos kedua) akan dilakukan dalam tempoh sebulan lagi. Pelajar yang tidak hadir diminta agar membuat suntikan sendiri di Klinik Kesihatan Shah Alam pada 23 Mac 2012.
No comments:
Post a Comment